Thursday, May 30, 2013

cerita kawen syaAmin

assalamualaikum

yeayyy dah kawen! dah sebulan. cewwaahh! kawen? BESTTTTTTTTTT!!!
hahaha! mmg best! sebab tiap2 mlm aku blh layan cite hantu thailand tanpa takot nk tido. sbb ada org teman memalam. cewaahh! tu matlamat aku simpan dlm pale otak sblom kawen dlu :P
okay nk cite la sikit bab kawen ni.
memula nk kawen mcm2 fikir. duit la paling utama! sapa ntah yg kawen tu tak pikir pasal duit? habaq mai la
hehe. tapi abah aku penah ckp " kawen je dlu. duit blh cari. bila kita start je pikiq nk kawen, mendirikan masjid, in shaaAllah, Allah akan murahkan rezeki". memula aku wat deqqqq je abah aku ceramah. biasa la kepala masih muda mudi. eh semua muda mudi cenggitu sket pattern nye :P
tapi start je aku bertunang, smpai la esok nya nk akad nikah, rezeki aku melimpah ruah. segala yg aku nak kan, Allah melancarkan perjalanan aku dgn mudah. rupanya betoi la ckp abah aku. mmg dipermudahkan!

1stly aku nk cite pasal baju. cewwah. busana aku di reka khas untuk wedd aku, untuk both side. butik pilihan aku tak de la glamour pun. tp bg aku paling tip top dan paling terhebat yg aku penah dgr siap compare ngan kwn2 aku yg kawen jugak. aku rasa butik aku la paling best! paling murah! dan trendy. even butik kt kuantan, cerok perok ulu dong tu, aku masih lagi ingin puji atas kepuasanhatiku ini. haaa kau ayat mesti nk gempak! :P
aku memilih Renjis Boutique, untuk busana dan pelaminan ku. fyi, Renjis Boutique juga pilihan Lynda Roslan & Aizul Marcello di hari bahagia dowang. dari make up akad nikah, both side sanding semua by Renjis Boutique. dan semua aku sgt puas hati! aku n amin pilih hanya 1 busana untuk 1 majlis. so, akad nikah 1, side aku 1 dan side amin 1. maaflah mmg tak minat jenis nk tukar2 soploh baju dlm 1 majlis. so 80an. eh! :P
side aku, aku pilih color pink peach. mmg trend 2013 adalah pink peach. cewwahh. tak caya sila selak2 magazine penanntinggg. dan side amin, ktorang decide songket grey! haaa jgn tanjat boboi. napa aku pilih songket? sbb aku nk rasa pkai songket mcm zaman2 mak ayah kita dulu2. lg 1 nak ala2 scha alyahya gitu. hahaha! over! thanks to deqwan dr renjis boutique mereka busana yg aku btl2 ingin kan. cewwahh.
pelaminan? actually family aku tak gemar sgt ada pelaminan renjis2 bagai ni. abah aku golongan2 tabligh ni mmg pantanggg sket bab ni. aku siap gado2. tp gado2 gurau2 laa nk pelamin nk pelamin nk pelamin! tp dgn syarat, PELAMIN DALAM RUMAH DAN NO RENJIS! kata abah ku. hahahaa
Dan wedd aku juga tiada sound system canggeh manggeh. NO! kata abah. NO karoke!
okay abah. NO worries kata ku pulak :D
Hantaran? 7 balas 5. sama masa bertunang dlu. tapi kali ni "suka hati la nk bg apa", tu theme untuk hantaran ktowang. hantaran ni ktowang beli sket2 dan apa yg ktowang mampu. tak mampu mcm sebijik kereta fairlady tu, aku pendam kan je la dlm hati. ye dok? haa hantaran pun aku suh renjis boutique yg buat. sbb aku n amin jenis malas tahap gaban nk pikir2 deco2 dan seangkatan dgn nya. hanya keluarkan not2 kepingan wang dan semua settle. dan semua nya aku n amin sgt berpuas hati!


mua akad nikah : Renjis Boutique
Busana by : kak lily

Mua my side by Renjis Boutique
Busana by Renjis Boutique, Pink Peach

Mua Amin's side by Renjis Boutique
Busana by Renjis Boutique Grey Songket



Hantaran by Renjis Boutique




okay later sambung! aku nk wat kije jap. next entry ok! heee
terima kasih sudi baca belog syalala!
adios!

Thursday, May 23, 2013

syAmin kawen s.e punyerrr :D




Lokasi : stesen keretapi mentakab
Busana/ Make up by Renjis Boutique