Thursday, October 23, 2014

Supplement saya!

Assalamualaikum
Hari ni nk cite pasal supplement preggy, menandung, lepas bersalin dan menunggu untuk preggy semula. Haaa. punya la bagos belog aku siap cite smpai next anak punya tau! Hehe
Masa aku blom lg preggy, aku da start amik supplement Shaklee. Ala tak payah bgtau la ye. uols google je la apa vitamin2 nya. Sbb aku mmg tak hingat nama satu2 pil shaklee ni. Hanya ngap sahaja :D

Masa preggy aku amalkan supplemant Shaklee, vco Tanamera, hencik google ckp vco baik untuk melancarkan proses meneran plupppp teros keluar anak. Konon nye la. Tapi itu semua atas kehendak Nya ya. Kita hanya merancang. Satu lagi aku nk share, aku amalkan minum susu anmum, hi-goat & susu Natalicious. Gilir2 la minum. Aku paling suka susu Natalicious. Tak de la sedap sgt. Cuma semua bende ada dlm tu. Nak tau, google je la. Hehe. Masa aku preggy tu 2x je aku beli. 1 kotak ada 15 sachet. RM80. Haaa mahai mmg nak mampos la. Sbb tu aku beli 2x je. Hehe. Tapi mmg terbaik!


12 jenis bahan semulajadi terpilih dan sumber makanan SUNNAH. 


Okay, Masa lpas bersalin, aku kan czer. huhu. Maka nya masa berpantang, aku hanya amalkan Luxor Jelly Gamat. Gambar, korang blh google. Terbaik nya supplemnt ni, ianya akan mempercepatkan proses sembuh luka di tempat czer. Dan tak lupa juga Luxor Gel Gamat, untuk disapu di tempat luka. 1mggu aku minum jelly gamat, lepas tu aku dah blh lari2 siap lomba lari kt dlm umah tu. Haha. ok tipu jewww :P

Dan untuk sekarang. Aku amalkan balik shaklee. Kali ni aku amik ESP skali. Punya la tak sedap! Tapi tapi tapi,sejak aku amalkan, aku kembali bertenaga. Ye la aku kerja kt opis belambak tak hingat. balik umah nk kne masak. nk basuh baju bagai. jaga anak lagi. Phewww. Btw aku tak de la nk promote shaklee ni, aku tak jual pun. Aku hanya jual Radiance jeww. Sapa2 nak order blh contact syalala :D





Jom layan gambar mama & Ayra 



Sekeping je dah la. Byk2 kang ada org dengki ngutuk kita kt fb, Ckp kita show off anak, macam la kita sorang je ada anak, katanya. Hahaha typical org nak mampos. ops

Sunday, October 19, 2014

Boleh ke baby 6 month swim?

Tahukah anda, sejak lahir, bayi sudah boleh diajar berenang kerana selama Sembilan bulan berada dalam perut ibu, bayi sudah terbiasa dengan air (ketuban).

Memasuki usia empat bulan, bayi sudah mempunyai tindak balas menyelam. Ertinya, jika menyelam, dia tahu bagaimana cara mengelakkan daripada tertelan air. Maka, sebenarnya sangat digalakkan mengajar anak berenang pada usia ini.

Namun, sebaik meningkat usia dan otaknya berkembang, tindak balas itu hilang sendiri. Oleh itu si kecil mesti belajar lagi teknik menahan nafas di dalam air. Berikut tip yang perlu dipraktiskan.

1.    Pastikan mood anda dalam keadaan tenang supaya bersabar dengan kerenah si kecil tatkala masuk ke dalam kolam renang. Anda juga perlu sentiasa dekat dengan mereka supaya anak yakin berada di dalam air.

2.    Sebagai langkah awal, ajak si kecil bermain terlebih dahulu di tepi kolam sebelum mengajaknya masuk lebih dalam. Sentiasa wujudkan suasana gembira agar dia tidak takut.

3.    Sekiranya keyakinan diri anak di dalam kolam semakin meningkat, cuba pergerakan lebih sukar.

4.    Mulakan dengan kolam yang tidak terlalu dalam. Anda boleh berdiri di satu tempat dan minta anak berenang kea rah anda. Lakukan proses ini beberapa kali, tanpa disedari si kecil sudah boleh berenang ulang alik di dalam kolam.

5.    Kemahiran mengapung badan dalam air adalah kemampuan secara semulajadi. Sekiranya anak tidak boleh lagi mengapungkan badan, jangan marah sebaliknya terus mengajar anak berlatih teknik tersebut. Jika dia panik, berikan pertolongan dan galakan.

6.    Jika anak sudah boleh berenang tanpa anda perlu memegang tangannya, lepaskan perlahan-lahan dan biarkan dia berenang sendiri. Namun terus berada dekat dengannya. 


Copypaste from PA & MA

Sila abaikan pipi pau Ayra :D


Ayra swim bawah umah je. Sbb mama dia kedekut nk bawak pi baby spa :P