Wednesday, May 13, 2015

Tips bawa Baby naik Flight!

Assalamualaikum
Sbnarnye aku men beli je tiket flight  ke sabah masa bulan 2 ritu. Saja nk jln2 nk bawak Ayra naik flight. 1st time la tuk Ayra. Mama dah bosan dah sabah dulu 7y duk sana, dari sekolah rendah smpai la beso :D Hehe. So kali ni aku bawa suami & anak jln2 di tempat yg dulu nya aku penah pegi. Tapi sblom tu aku nk share beberapa tips bawa baby naik flight. Lap peloh wa cakap sama lu :D

1. Pastikan anak anda kenyang. Tak cukup tidur pun tak pe. Sebab nya :

Sebelom naik flight kne ada 3 jam awal sebelom berlepas. So bawa la anak anda jln2 sepanjang KLIA2 atau KLIA, so far airport kita sgt canggih! Macam2 ada. Guess butik pun ado. Duit je pastikan penuh dlm wallet :P. Aku akan pastikan Ayra mkn kenyang2 dlu dan dan minum susu siap2. Biasa baby lepas kenyang mesti mata pun tak larat nk bukak. hehe. So ngam2 dah naik flight tu, duduk je kt seat, Ayra ngamuk kejap then teros tidur. Kapal terbang tak gerak lg. Hehehe. Bila baby dah tido, so anda blh rileks sekejap sblom kapal terbang berlepas. Anda siap blh mkn sbb anak tgh tido. So jgn risau k. Hehe

2. Pastikan tukar diapers/pampers sebelom berlepas.
Haaa. ini paling penting. Ayra ni biasa lepas mkn mesti poo poo. Agak korang la kan AirAsia yg sempit mcm bas tu nk keluar lg, sempat lg ke nk basuh eyak anak nnt kan. Tapi get ready je la. Sbb kita pun tatau anak kita akan eyak ke idokkk. Mcm Ayra ni, lpas mkn mmg eyak la. So aku siap2 tukar. Dan jgn lupa pakaikan stokin. Cejukkk.

3. Bawa toys/ ipad
Mcm Ayra ni mmg aku tak ajar sgt ipad. Hanya nonton didi & friends je la. Aku siap beli toys baru bg dia xcited dgn toys dia. Kalau nk tau, budak2 ni cpt bosan dgn toys, so biasa aku beli byk mana pun aku akan rotate toys dia, half masuk bakul, half dia main. Bulan depan rotate2 mcm tu. So dia tk de la bosan sgt..

4. Stroller
Sila bawa stroller anak anda sekiranya anda ingin fly ke mana2. bercuti ke mana2. Aku baru tau stroller yg besar gedabak mcm bugaboo Ayra tu, jgn risau, bg je kt pramugari kt pintu tu, nnt dorang akan simpan kan. Mcm Ayra kali ni, aku siap2 beli babyzen yoyo lipat2 bawk naik atas. Senang. 

5. Bantal kecik
Biasa mana2 pun pegi mmg tepek bantal kecik ayra dlm bag dia. Senang dan mudah!


Tu je la tips dia kot. Alhamdulillah pergi & balik , ayra sgt behave! tu 2 jam atas flight. Nnt pi london 16jam atas flight, guane la gamak nye :D
Jom layan gambo ktorng kt sabah bah!
opss lupa nk cite. Pi sabah tu sbnarnye hadiah bday Ayra & 2nd anniversary ku & aming judinggg
















.........................
...................
.................
...........








Gambar ni paling rare. Abah wassap kt family group. Serious rindu..Banyak kenangan kt sana...

Monday, April 20, 2015

Happy 1st bday sayang!

Assalamualaikum
Alhamdulillah, settle dah bday party Ayra. Happy bday sayang! Mama & papa buat small bday party Ayra kt Farm In the city, Seri Kembangan. Hah tgk invitation card tulis kepci. Apa citaaaaa??


Huh
Sbnarnye, smggu sblom start party, kepci tepon ckp terpaksa cancel party Ayra or any event kt kfc seri kembangan atas faktor2 keselamatan. Nah kelam kabut la aku n amin cari port nk buat party tuk anok ni. Maaf la sesangat, aku mmg tak gemor buat event kt umah. Apartment tk sesuai dan aku pemalas bab nk mngemas after event. Hah tu yg penting. Btw buat kt farm in the city tu sgt best! Makanan sedap. Aku amik buffet set ada nasi goreng kampong, snack meal ( hotdog, nugget dll) air sirap, sandwish. Untuk 30 kepala total rm 450. Murah dari kepci. Blh lepak sana selama 2 jam tp aku ritu bantai 3 jam. haha!
jom la layan gambo smbil aku cite sket :D
Sebelom tu, aku nk cite sket, tema majlis ni, Sofia The First. Sbb Ayra suka angaattt la cite tu.






Start 1:30pm tp aku smpai 1:40pm. Masa tu dah start org datang :D

Sofia the first dress theme by Dolie.Cupcakes. Btw aku sgt puas hati dgn decoration cupcakes ni. Spt yg terbayang dlm kepala aku! Cupcakes ni, kwn mmu aku yg buat. Thank you Oly!



Dress for Ayra aku beli kt Dreemika by Radiusite je. Tu pun beli sehari sblom majlis. Tu pun tggai selai tu je dan hanya purple! size L. Naseb Ayra muat. Muahahaha



Hah actually aku kempunan sgt cream puff kak ayu @shahida mustafa ( korang blh search kt fb ) Sgt sedap! Dan aku cod di sungai buloh hoccay! bapakk ahh jauh :D

Doorgift. Ala2 kenduri kawen nk doorgift bagai. Ala sekali setahun jeww :P Paperbag ni aku beli kt Glowing Party House di kajang. Tu pun last minute punya kije.

Hah ni la kt kedai Glowing Party House. Semua mende kaitan party semua ada kt sini! sgt puas hati dan harga yg berbaloi.


Hah muka memasing dah belengas sbb panas jugop kt situ. Haha. Giant Ballon kt belakang tu pun aku beli kt Glowing Party House. sebijik rm60. kalau beli berbijik2 mau pengsan aming juding tu nnt. So aku beli 2 bijik je huruf A & F. dan dua2 belon tu pun selamat terbang ke awan lepas abis event. Niat nak simpan kt umah kecundang. Btw Giant ballon tu blh recycle tau. blh simpan semula dan tiop semula. Hehe


Dah abis majlis, Anok aku pun dah hilang la dress sofia dia. Hahaha! Welcome note tu, aku design sendirik. print sendirikkk. Size A1 dan Easel + A1 size frame tu aku punya masa kawen dedlu. Skang blh recyle pakai balik untuk bday anok. Hehe. Easel tu aku beli kt kwn aku rm 80. 


Paling marbelesssss! Semua org suka sgt nutella cheese tart ni! Bos aku siap wassap aku mlm tu, "Syasya, tart td tu ada lagik tak? Esok bawak pi office ya!" hahaaha! yg ni pun sama, aku order kt kak ayu dgn creampuff tu.

Cake of the day! Sofia The First Cake ni by kak ayu jugak! Dlm tu rainbow cake. Adoi sedap sgt la! Dan sbnarnye bday ayra sama dgn acu dia, so nk sedapkan hati acu dia, aku suh kak ayu letak nama farahana fitrah skali kt cake. Happy bday acu! Dan acu dia kt london. Kecian acu. muahaha



A for AYRA!


Mama & Papa beli kan tricycle untuk ayra. Niat hati mama nk beli range rover. Tp tu coming soon la. bising lak papa awk nnt :D



Thursday, April 2, 2015

Hallo April

Assalamualaikum. 
Last year time2 cenggini, aku tgh sarat tggu hari je. Alamak pejam celik dah nk setahun perkara tu berlalu. Cepat benau! 



Mama Ayra ni tgh sibok hal2 1st bday party anok dara nye tu. Ni 1st time. Semua bende nk terbaik. Kek nk yg tersodap. Pening fikir hadiah apa nk bg kt anak dara sorang tu. Invitation card, banner, bunting semua mama buat sendiri tau, Ayra! Phew! Lappeloh..
Nnt mama later update pasal semua2 preparation k. Skang tgh busy gst. Ahaks!

Monday, March 9, 2015

Tips bawa baby pi buat passport






Assalamualaikum
Hari ni aku nk share beberapa tips baik punya khas untuk kaum ibu yg tingin sgt nak bawak anak pi travel obersea, risau sgt laaaa nk pi buat passport, anak buat perangai. Jgn men2 ok kalau nk bawak anak terutama nya baby, nk kuar public dgn ramainya umat manusia, mau pengsan soploh kali kau kt imegresen tu nnt. aicewah!

1. Bagi aku semua nya bermula dari ibu & bapa itu sendiri. Kene ready dari segi fizikal & mental. Sblom pi imegresen, make sure kau pi berak siap2 sblom kuar umah! haaaa ini penting ok. sapa kata berak tu tak penting. kau tgh Q tggu number kau kne pggl, time tu la sibok nk terberak la nk terkuncil la. sakit hati aku. Stresss mak! hahaha

2. Bawak makanan/ toys fav anak anda! Mcm ayra ni senang, aku slalu beli roti sumbat je dlm handbag. Biasa nk pi mana2, mesti aku singgah petronas beli roti tuk dia. dan tak lupa untuk suami tersayang. Kang kuar statment "roti untuk abg tak de keerr?" ermm slalu je kuar statment gitu tau. ehem.

3. Stroller. Masa ni la aku rasa agak menyesal beli stroller gedabak. Hahaha! Tp babyzen yoyo limited edition otw ke mummy dah. Cewwah perlu ke nak mention LE kau? Harus la. Nnt ada reporter "murahan" pi jaja cite kt kg aku "eh tyahh tu kan beli stroler limited edition 15 juta kau!" hah baru sedap sket tinge aku dgr. Eh lari cite lak. stroller tu guna nya dimana, kalau korang nk tau, kt imegresen putrajaya punya parking bapakkk ahh jauhh! hazab sekejap rasanya. 

4. Btw imegresen putrajaya kalau untuk buat passport baby, perlu bawak gambar siap2 dimana siap amik gambar di kedai ok. dowang tak de service untuk snap gambo baby. Kalau dewasa, amik kt sana je. dan make sure tudung n baju berwarna gelap. Mcm ayra ni gasak kau la pakai ribbon bagai. Nasib lepas jeww. Hehe

5. Make sure anak cukup tido. Sbnarnye dari umah aku (seri kembangan) ke putrajaya tu hanya 15 min jew. Tp memandangkan jalan nk keluar dari seri kembangan ke putrajaya jammed nak mamp, so sempat Ayra tido setgh jam dlm kereta. Gud girl!

Emm rasa nye itu je la. Kalau aku ada ingat lagi tips2 nye, aku add on je nnt okay.
meh layan gambar passport mek Ayra :D








Tuesday, February 17, 2015

ayra is 10 month old



Assalamualaikum.
Mucuk mama dah 10 bulan! Alhamdulillah. Skang makin pandai! geram je. Dia dah start faham apa yg kita ckp, kita tunjuk, kita makan. semuaa laaa. Kalau main mata, suh kenyit2, mesti dia buat. Hehe. Tiap2 malam nk baca buku sblom tido. ala2 bed time story gituw :D
Skang dah start nk minum pakai botol je even di rumah. cuma memalam kalau omak nye pemalas tahap gaban, baru men sumbat je apa yg termampu. eheh :P

Hari ni half day. Dpt angpaw dari bos. itu penting. Thank you bos. Skang masih berjimat cermat sedaya yg boleh untuk #rayalondon this july ni. Sapa ckp nk pi london pejam mata? tau tak tiket ke london sorang pergi je rm3k? pengsan. hehe. 

Oklah. nk pulang blk umah mak mertua dah. chowww cinn cauuu

Thursday, January 22, 2015

faghahhhh

Assalamualaikum
Malas la nk cite pasal PTPTN dan kolej yg tak semegahh tu yg songlap duit pastu suh aku bayar balik tu. Blegh! Menyampah! Hahaha
Aku kalau boleh tak nk ckp yg aku menyesal blaja situ. Bila pikir blk, at least syalala, kau habis blaja dan dpt diploma serta diiktiraf diploma. Ada batch bawah2 tak sempat convo dah kolej mcm hapaaaaaa! Maka dgn ini, aku redha. Hah kau, 5363rm next week byar langsummmm kalau tak tak blh nk kuar oversea.
Last week baru ninja bgtau yg dia next month dah abis blaja. Dan akan konvo in july. Maka dgn itu siap2 la booking tix bagai. Sekali adalah ptptpuuu ni dtg. Hampir ccris. Padahal aku tak penah buat pinjaman ptptpuu ni. Dan skang sapa nk jawap? Rosmah? Eh!

Rasa kejap benau si ninja ni nk abis blaja. Mcm baru je bulan lepas sign agreement tajaan mara :D Dia akan convo master dan nk sambung phD. haaa Gasak hang laaa. Selagi tak kawen, hang buat la apa jaaa hang nk buat. Nnt kami order jaaa brg kt hang okay!
Jom layan gambo pompuan tu kt sana.


 Kwn2 dia kemahenn dari nigeria laaa. Dari tokyo la. Yang best kt sana siap ada usrah kt kolej dia. Kt Msia ni nonnnn hadooo. Ke aku yg tak join usrah masa kt MMU dlu tu? Eh hahahaha


 Ni tempat dia blaja. University West Of England, Bristol, Uk. Lebih kurang mcm kt MMU je ni. wakakakakaa



 Ninja ni mmg part bergambo, kekonon dia la model terchannteq. Pui hahaha



Latest gambo beliau.. Makin kuruihhhh sbb wat thesis. Ada iols kesah? Kehkehkehh

Tuesday, January 13, 2015

Perkembangan Anak

Assalamualaikum.
Syalala ni mmg jenis org nya main taip je kt belog. Nk check spelling tu tahap pemalas paling maximum. Harap Maklum :D

Hari ni aku nk cite sket pasal perkembangan anak bulan demi bulan. Eh kau ni kalau update belog je cite pasal Anak. 

EH Belog kite. Masalah Awk ke? Pui

Ayra Fathiyah bulan ni msuk 9 bulan. Fuhlamak! cpt kan? Apa yg Ayra dah pandai pd usia 9 bulan ni? 
Ayra baru pandai duduk. Diakui, Ayra agak lmbat sket berbanding rakan2 seperjuangan yg lain. Ye la dia keluar 4 mggu awal dari due date nya. Itu salah satu faktor yg aku dgr dari doktor pakar kanak2, di klinik pakar kanak2 seri kembangan. Bagos klinik ni, doktor tu rileks je cite pasal perkembangan anak2, dan cara dia bercerita tu buat aku sbg ibu rasa tenang je nk dgr. Tak stress lgsung. Ayra dah 9 bulan tp berat badan 6.5kg sahaja! Aku cuak betol dgr. Nak ckp dia tak makan, dia mmg makan. cuma lepas tu kerap kali berak n muntah. Doktor pakar tu ckp, blh stop kan dlu solid food sekiranya dia tak nk. Jgn dipaksa. Nnt smbung balik untuk bulan hadapan solid food. Tp make sure, anak aktive n kerap minum susu. Haa itu mmg Ayra Fathiyah. 

Ada je dikalangan kwn2, kalau jumpa mesti tanya Ayra dah pandai buat apa? jwpn aku, tgk sendiri je la. hahaha. 

"Anak aku dlu masa 7bulan dah pandai panjat2 bla bla bla..Anak ko tak reti lg ke?.."
Saje la tu nk bg aku sentap! 

Lol. Nnt aku ceramah perkembangan anak2, smpai 5 jam kau tak nk dgr lak
Setiap anak perkembangan nya berbeda dong! Tak sama. Ku tumbok gak kau ni :P

Eh nk update sket plan syalala untuk 2015 ni. 
Hanya nk cari duit. Kumpul Duit dan katakan TIDAK pd BOROS. dan kurang  kan shopping online :P ahaks!


Jom layan gambar Ayra, yg semlm nye baru pandai duduk tanpa sokongan tuu :D


 Ayra kt opis mama!

 Anak dara aming juding mmg sado sket org nye :D


Ayra duduk tanpa sokongan tp nangis bila nk amik gambo. Haha







Ni taman permainan Ayra kt umah. Kul 12 mlm papa & mama siapkan tuk Ayra. Esok pg bangun "haa haa haaa" Tanjat lewtuuu

Tuesday, January 6, 2015

"Kata Orang"

"Eh JANGAN hantar taska, kau tgk la kt paper, hantar taska, baby mati la, tersedak susu la blaa blaa blaa"

"Eh JANGAN pakai carrier nnt tulang blakang anak patah, teros mati!"

"Eh JANGAN JANGAN JANGAN JANGAN!!"







ASSALAMUALAIKUM
Hari ni sy nk cerita perihal kaum ibu2, atau yg terlebih jadi ibu ni, kerap kali kuar statment seperti di atas ni kan?
Ya Allah, terus terang aku katakan disini, MENYAMPAH!

Pendapat aku, setiap anak, setiap baby, setiap kisah, setiap hala tuju, setiap rezeki, Allah bg berbeza2. Tak sama! Kita ni org melayu, mostly la yg aku wat kajian, MELAYU, mudah sgt percaya, mudah sgt tersentuh, mudah sgt laaaaaaaa nk sama kan anak kau dan anak aku! Tumbok kang!
Ramai berpendapat, hantar anak di pengasuh adalah yg paling terbaik? Apa yg korang rasa terbaik? Sbb tak penah masuk paper, "Pengasuh pukul budak".. Semua cerita adalah taska, tadika dll. 
Disini aku n ceritakan berdasarkan pengalaman aku selama menjadi ibu 9 bulan ni.

Ayra start hantar pd pengasuh umur 3 bulan. Lpas berpantang teros blaja duk dgn pengasuh. Pengasuh ni aku jumpa melalui kwn opis jugak. Anak dia pun hantar kt sini. Sblom aku tekad hantar kt pengasuh ni, aku siap buat survey dgn ibu2 yg hantar anak kt pengasuh berkenaan. SEMUAAAA ibu ckp, pengasuh tu baik, TERBAIK! termasuk kwn aku tu. So, aku pun amik keputusan untuk hantar di situ je. Selama Ayra dgn pengasuh tu, Ayra jd seorg yg takot, tak blh dengan keadaan bising, if pi mall, mesti menangis. hanya dgn aku je, dia rasa tenang. Bila dah 7bulan mcm tu, kwn aku tu call, dan bercerita kan, pengasuh tu pukul Ayra time Ayra tgh menangis. Tutup muka Ayra pakai towel dan tonyoh2. Tu pengasuh tu buat depan kwn aku tu sendiri. Cuba korang imagine, kalau kawan aku tu tak de? Mau dia lempar2 je Ayra tu! Sblom tu byk kes dah, yg ada kt Ayra, Seperti tgn lebam. Bawak pi jumpa doktor, doktor ckp itu kesan lecur air panas. Tapi aku n Amin gagahkan lagi bertanya pengasuh tu. Tapi sapa je kt dunia ni nk ngaku tu perbuatan dia! Tell me?
Bila Ayra dah start 8 bulan, pengasuh tu nk naik harga. dia mintak naik RM50 sbb Ayra asik nangis. Tak mo duk bawah! Eh kalau org tu btl2 ikhlas nk jaga Ayra, dia akan cuba pujuk, semua org ckp mcm tu kan. If naikkn harga, Ayra akan diam ke?
Lepas aku tak tahan sgt perangai pengasuh ni, aku teros stop! Aku fikir smggu, KENAPA SEMUA ORG CKP PENGASUH LAGI BAGOS DARI TASKA? Kenapa yg aku jumpa ni lagi terok dari taska?
Then aku dpt jumpa pengasuh ke 2. Bawah umah aku je. Ni pengasuh terbaik selama jaga Ayra ni. Walaupun sebulan je. Tapi tahap2 nenek la umur pengasuh ni. Setiap hari dia akan update kt aku, Ayra buat apa, perangai mcm mana, penah 1 hari ni, Ayra menangis je dari start aku hantar pg tu smpai kul 12. nenek tu ckp, Ayra gengam tgn kuat2. jerit2. mcm takot sgt! kalau letak bawah lg jerit kuat. Nenek tu tanya aku, sblom ni pengasuh sblom ni jaga mcm mana? Then baru la aku cite. bla bla bla. Nenek tu dah agak. Baby yg biasa nenek tu jaga, tak de perangai mcm ni, So Ayra ni mungkin kene mcm2 dgn pengasuh sblom ni. Aku terkejot sgt! Mcm manalah Ayra dgn pengasuh sblom ni. Mesti dia tak tahan. Patut la sblom ni kalau hantar pepagi, muka dia monyokkk je. Mcm tau je nk pi umah org jahat! Hehe.. Tapi, sebulan je nenek ni jaga, sbb Ayra asik nangis2 je lately. nenek tu ada 15 budak dia jaga. so tak dpt nk tumpu kt Ayra sorang. Since nenek ni jaga, Ayra dah blh go on dgn org. Suka pi mall tgk org ramai. Yang penting, semua org blh dukung dia. Tak mcm sblom ni. Fuhh lega la bab tu. Sbb tu aku ckp nenek ni jaga mmg terbaik. Ayra berubah habis!

Dan sekali lg aku diduga, mana nk cari pengasuh?nk pakai maid? zzz
Last2, bos aku bg link sebuah taska. Eh why not kita try hantar anak kt taska. Aku cuba amik peluang bercerita kan masalah dan solution aku nk hantar taska kt kwn2 aku. Majoriti, JANGANNNNNNNNN! Hahaha. Nasib aku jenis bukan dgr org ckp. Jenis aku, selagi aku tak kene, then aku tak akan teros buat andaian. Hey. bukan taska/tadika tu terok ok! Bukak la mata tu sket. Masih ada lg manusia yg bersikat seperti manusia. Inshaa Allah. Dan aku dah 2 hari hantar Ayra kt taska blakang opis aku je. Taska berkenaan antara taska yg terbaik, So yuran register dah mcm masuk U .. Tak pe la, demi anak. Yang best nye taska berkenaan ada cctv, dan parents blh tgk anak dowang by phone je. So korang rasa tak cukup bagos ke? Hehe. Taska tu ada 4 buah rumah dimana hanya 1 rumah sahaja ada baby 2 bulan- 1 tahun. Tak campur budak2 lain. Ada 3 bilik ikot umur masing2. Setiap bilik ada 3 org cikgu. Setiap hari, cikgu Ayra akan update perkembangan Ayra, kalau tak melalui face to face, dia akan whatapps. Haa tak cukup bagos lg? Hehe. 

Setakat hari ni, Ayra happy je manjang. Mungkin dia happy duk school. Jumpa seangkatan dgn dia. Dan color2 yg cerah disekeliling taska berkenaan. Kt taska tu pun downg akan update aktiviti pelajar di facebook. Thumb Up!
Pendapat aku, tlg jgn negative sgt bila kita hanya dgr cerita org, malah cerita media. Eh aku tak salahkan org media. Jgn lupa, dulu aku salah seorg yg dlm team media. Dulu aku reporter. Aku tau cerita disebalik dunia media ni. Aicewah! Hehehe!






9 month already

Friday, December 19, 2014

Ayra is 8Month!








Malas nk taip byk2. sbb jap lg nk jumpa client. Hee. See u next entry bebehhh



Wednesday, December 10, 2014

Anak demam? Kene Admitted Hospital? Nak Buat Apaaaa??

Assalamualaikum.
Hari ni aku nk cite pasal Ayra last week demam. Suspected dengue. 
Allah. Allah. Allah. menguji aku  ketika aku benar2 lalai dengan duniawi. Hehe
Seminggu aku amik cuti. Jaga Ayra. Btw ni 1st time mek Ayra ni demam panas smpai 40 darjah celcius. Omak & Appak Ayra pun tak penah smpai 40 tau! Tanjat bengrukk la ktorng masa check up di an nur hari tu. Kena lak warded. Haa tak ke menangis time tu. Sapa je suka lepak lelama kt spital tuuuu?

Apa nk buat kalau anak warded?
Aku bernasib baik dibuka kan mata untuk mendalami medical insuran PruDential Takaful BSN. Allah, Sebelom tu aku mampos tak amik tau pasal mende2 ni. Member ajak2 jumpa suh register aku snggup block number fon member tu sbb sakit hati! haa melampau tak aku kalau bab tu? Hehe. Masa aku pregnant 3 bulan, aku n amin sebulat suara teros register untuk diri sendiri. Untuk anak, biar tunggu anak tu keluar melihat dunia baru la register kan. Nasihat ejen aku pd masa tu. Blh je if nk insuran masa pregnant. Depends korang la. Nak tau lebih lanjut korang google je la pasal prudential ni. 
Aku register untuk Ayra masa dia bape hari jeeee melihat dunia. Aku teros register! Aku amik plan rm170 tuk aku dan Ayra. 
Senang sgt2 bila ada medical card. Tunjuk je card ni kt kaunter then blh teros register tanpa deposit apa2 pun. Semua prudential yg urus! Bg aku, bila dah start ada anak ni, medical card ni adalah salah 1 perkara wajib ada! If korang rasa hospital kerajaan tu lg ok, then tak payah la medical card bagai ye. Hehe. Aku since tak blh bukak buku pink kt klinik kesihatan putrjaya hari tu, teros aku banned gov hospital. Dowang suh aku pi bukak buku pink di Seri kembangan memandangkan aku punya rumah di equine park. Padahal, putrajaya lg dekat dgn umah aku. Teros kne maki hamun oleh nurse kt situ! Sbb tu aku tak suka hospital kerajaan! eh tak payah emosi sgt. Itu aku punya pengalaman, maka suka hati aku la nk benci ke nk suka ke. Hehe 




Sila la register cpt2! Tak rugi pun

















Kalau dah start angkat kaki sbelah tu makna nya dah sihat walafiat la tuuuu :D

Sunday, November 23, 2014

happy birthday papa Ayra

Happy birthday papa. Tahun ni, sy malas dah nk bg wish card. sbb papa biasa simpan dlm laci meja komputer. Bukan nk tepek kt dinding opis ka. tepek kt dlm keta ka. Ahaks
Terima kasih papa jaga syg & Ayra. Semoga papa hari2 kuat & taff menjelang hari2 akan datang. Mama & Ayra LOVE u.  





My lil family. i love both of u


Friday, November 21, 2014

Anak ke DUA

Assalamualaikum

HAHAHAHAHA title paling gempak aku buat sepanjang berblog. HEHEHE
Hari ni memandangkan bos aku start cuti , maka aku mcm FREE terlampau. Siap kemas2 bilik opis, 1st time terlajak rajin, Maka nya aku nk update belog, dgn cerita paling panas di abad ini :)




Okeh


Bila dah start beranak sorang ni, org lain akan tanya, ehem, bila anak ke DUA pulak?
Eh dowang yg tanya tu ingat beranak ni mcm main konda kondi? mcm main baling slipar?
Haiyo. Soalan tu paling susah nk jawap, soalan paling susah la kalau dibandingkan dgn soalan kertas subject 3D zaman MMU dulu tu. phew!
So kali ni, aku nk cite sket, bila masa yg sesuai untuk project anak ke2? Hahaha. project khas ni. jgn main2 hoccay!

Selepas aku & amin kawen, ktorng mmg tak merancang sama ada nk ada anak, atau tidak dlm tempoh setahun perkahwinan. Maksudnye, kalau ada, ada lah. kalau tak de, tu tak de rezeki la namanya. Org tua2 ckp, untuk anak 1st, jgn merancang. apa yg ada tu adalah rezeki. Memula aku tak berapa nk paham sgt, kenapa dikatakan "rezeki". So 4bulan aku kawen, aku ditakdirkan mdapat 1st rezeki. Rezeki merasa pengalaman dikatakan "i'm pregnant!" Amin siap jerit kt klinik. Hahaha. Laki sapa la tu :P

Sepanjang aku pregnant, Alhamdulillah tiada apa2 alahan, masalah dan sentiasa berjalan lancar. Itu pun dinamakan rezeki. Rezeki aku untuk tidak mengalami apa2 masalah sepnjang tempoh pregnant. Muntah pun tak de tau. 

Bila dah smpai tempoh untuk bersalin, aku bersalin secara czer, dan tidak mengalami apa2 kesakitan sepanjang tempoh bersalin. Senyum sokmo. Dan itu pun rezeki aku. tidak merasa sedikit pun kesakitan semasa bersalin. Walaupun aku sedikit kecewa tidak dpt bersalin secara normal. Tak pe la. Bukan rezeki untuk itu.

Dan bila lepas je aku bersalin, 4 hari kemudian, loan kereta aku lulus. Alhamdulillah. Rezeki untuk merasa 1st kereta atas titik peluh sendiri. Sebelom ni belas ihsan dari ayahda :D

Dan, bila untuk anak ke 2 ni? Dah 2x tanya ni. 
Anak kedua, kena rancang. kena plan btl2. Dengan hidop di kuala lumpur, bandar penoh pancarobe ni. cewah ayat ekau!
Pertama kena fikir pasal DUIT. Skang hantar pengasuh sorang rm350. kalau 2 org? pengsan kejap omak ekau ni. Pampers mamy poko skang 44pcs rm34. sebulan 2 pax. kalau 2 anak so 4 pax sorang. Phewww. Lap peloh. 
Kedua kena fikir bab kereta. Skang ada anak sorang, kalau nk pi jalan, keadaan dlm kereta mcm anak dah soploh. Kena bawak tilam dia, bentang kt seat blakang. Omak nye pun kne duk blakang. Stroller lagi. stroller bukan yg kecik. stroller je dah penuh bonet blakang keta. Car seat dia lagi. Eh mcm2 la. Kalau anak ke2 kne pakai vellfire kot :P
Ketiga, rumah. Memandangkan keadaan kami skang duk di apartment. Parking punyaaaaaa la jauh,. Kalau ada 2 anak, sempat la si kakak nye terjun pool kt bawah dlu sementara kejar si adik berlari2 kan. See imaginasi aku terlampau disitu :D
Ke empat, ni sepatut nye no 1. tp aku saje letak no 4 sbb malas nk pikir, hehe, so yg ke empat, memandangkan aku czer, mau 3,4 tahun lagi baru blh wat project anak ke2. Atas nasihat doktor. Kalau terlajak jugak, tu salah bapak nye. Hehe

So Bila masa yg sesuai?
Skang plan 2015 adalah bukak bisnes. Inshaa Allah nk maju kan dlu ekonomi keluarga. Nak tunggu ekonomi family stabil then baru blh fikir untuk baby AF yg kedua. Tapi tu semua adalah rancangan kita. Yang merealisasikan nya adalah dari Allah swt. Sebelom project anak ke2 tu, suami & isteri haruslah berbincng. merancang dan fikir, mampu atau tidak. wajar atau tidak. Seboleh2 nya biar la masa yg sesuai. Kesian tau isteri awk tu dah la czer. ingat tak sakit ka?? Cuba la belah perot awk, then rasa apaaaa. Heh Emosi :D









Jom tgk kakak Ayra sedas dua gambar


 Si manja Papa. Kalau papa dia agah dia kemain gelak sakan mcm tgh tgk maharajalawak mega


 Pepagi buta layan Ayra nk tgk Maya The Bee. Sejak jadi mak2 ni, channel 613 tu aku dah hafal semua lagu intro cite memasing. Dasat!



My Dedik!