Wednesday, July 16, 2008

ALONE ~ SCANDAL?anda semua setuju?hahahaha


saya ahli group ALONE, Fairus Keji ingin membentangkan proposal agar nama group ini ditukar.

pembentangan ini bukan bermakna saya sudah muak dgn nama @ ahli group ini tapi kerana ingin memberi nafas baru kepada group ini.

memandangkan kita semua sudah tidak ALONE lagi, maka, dengan itu saya ingin memohon pendapat dan persetujuan kalian supaya nama group ini ditukar kepada :-

~SCANDAL~

alasannya:

kita semua telah mempunyai scandal...terutamnya TEAH!

perspektif dan hala tuju group ini juga sudah sedikit berubah kerana kita semua telah bosan hidup 'keseorangan'.

nama SCANDAL juga agak VASS maka kita dpt marketkan group ini di dlm myspace.

namun, pemilihan ahli baru hendaklah mendapat persetujuan mutlak dari kesemua ahli asal group ini bukannya sesuka hati nak ajak pastu suka-suka menggunakan nama group ini seperti kejadian-kajadian sebelum ini. (PERHATIAN KEPADA TEAH)



jadi, sekian sahaja proposal saya.
diharapkan kalian dapat mempertimbang cadangan ini.

*aku x kira kita tukar gak!
hahaha!
---------------------------------------------------------------------------------------------

Berhubung dengan cadangan yang dikemukan oleh salah seorang ahli persatuan seperti yang dilampirkan di bawah ini, saya berpendapat adalh baik jika mesyuarat tergempar diadakan dalam jangka masa terdekat.

Ini kerana selain akan timbul beberapa komplikasi lain mahupun provokasi lantaran cadangan ini, adalah perlu diadakan perjumpaan bagi setiap ahli membuang undi dan memberikan penjelasan bagi mereka yang mungkin tidak bersetuju.

mengambil saya sebagai contoh, tidak mempunyai sebarang skandal dengan sesiapa kerana sentiasa berada dalam ruang lingkup kesibukan bekerja dan belajar selain mempunyai sikap pemalu dan penakut. (as if.. huhu...)

jadi diharapkan agar semua ahli dapat memberikan maklum balas dalam kadar segera..

(p/s: perjumpaan juga mungkin akan melibatkan penyingkiran ahli lelap seperti wazan contohnya)

sekian.
------------------------------------------------------------------------------------------
berhubung dengan perkara penukaran nama group.

saya selaku ahli tetap dalam majlis ini ingin skali lagi memberi cadangan agar tarikh penetapan persidangan tergempar diadakan pada jumaat(18/07) ataupun isnin (21/07).

tempatnya : NZ @ Pak Li @ KLCC @ Pavilion @ Cineleisure
sila mesej (sms) semua ahli bagi penetapan tempat persidangan.

diharapkan dengan ini kita dapat berkumpul dan mencapai kata sepakat bagi memutuskan perkara ini.

ahli-ahli dinasihatkan agar tidak kedekut sms @ kredit bagi yang menggunakan prepaid dan bagi yang menggunakan postpaid, sila jangan takut utuk membuat talian terus bersama ahli-ahli majlis.

dengan ini, saya merayu semua ahli majlis agar memberi sepenuh kerjasama agar perkara ini selesai secepat mungkin.

sekian.

*aku x kira, kita jumpa nanti kita karoeke dulu pastu mkn pastu baru bincang! (SDN BHD x der nk belanja2)
hahahaha!
----------------------------------------------------------------------------------------------

Berkenaan dengan usul TUKAR name "alone" kepada "skandal" saye mengikut undi majoriti. huahahaha..;-D

Sile maklumkan tarikh persidangan perbincangan mengenai usul itu kepada saye. Sekian..

---------------------------------------------------------------------------------------------

~~komen dr cik sya

pesal la tk de wat kt alamanda! saje je pilih tempat jauh2! grr!!!

No comments: