Tuesday, August 26, 2008

Cinta adalah fitrah manusia.

ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamba-hamba- Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti,peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran,kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH.

Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain.

Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan airmata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita...

Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan....

Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain,yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya. ..

Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu....

Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya.. .


renung-renungkan..selamat beramal :)))

No comments: