Sunday, August 24, 2008

which one??

Teman, sahabat dan kawan

Apa bezanya?
Teman

#slalu mendampingi kita tatkala kesenangan datang menghampiri kita.
#boleh di bawa berbincang ketika kita dilanda sesuatu atau masalah
#mampu membuat kita ketawa tetapi tidak mampu untuk berkongsi ketika
sedih
#suka meminta dan berkongsi tetapi lari meninggalkan kita apabila kita
kosong dan tiada apa mampu untuk diberi kepadanya
#berkongsi kejayaan ketika kita di hadapan tetapi menusuk duri
apabila berada di belakang

Kawan

#hanya sekadar untuk sementara waktu dan ketika diperlukan
#hadir umpama embun dan hilang setelah terbitnya mentari
#sekadar untuk melepaskan tekanan dan bergembira

Sahabat

#boleh dikatakan dimana ada kita di situ ada dia
ibarat bulan dan bintang slalu bersama. tidak kira walau apa jua
tidak menikam dan tidak pula mengejek di kala kita kesusahan
#setia dan selalu menyokong diri kita
#tidak pernah menyalah anggap dan selalu menafsir yang baik-baik sahaja

walaupun kita mempunyai berjuta kawan sekalipun masih tidak mampu
untuk menandingi erti maksud seorang sahabat.
kerna dia ibarat cahaya yang
selalu ada untuk meneman dan menyuluh jalan kita yang selalu dalam gelap
gelita.


::mizzsyaidris::

No comments: