Monday, June 28, 2010

HUKUM BERSANGGUL TINGGI .. APA KATA USTAZ????

APA KATA USTAZ...(saya copy dan paste saja ni)
assalamualaikum Warahmatullah...Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah.
Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.
(Riwayat Muslim).

Maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit.

Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. Mereka yang tidak menutup aurat ini selalunya bersanggul tinggi untuk manarik perhatian lelaki dengan keadaan sanggul mereka itu.

Hadis itu juga membawa maksud golongan model, ratu cantik, peragaan yang ketika itu tiada pada zaman nabi.. (sila baca keseluruhan hadis) zaman nabi masih belum ada wanita/model berjalan lenggok2.

Bonngol unta yang dimaksudkan adalah mahkota yang dipakai apabila menang.
sanggul rambut yang selalu para wanita memakainya BUKANLAH membawa maksud seperti hadis di atas mutalaknya dan juga tidak menafikan maksudnya.
Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki yang bukan mahramnya serta keadaan sanggul tersebut tidak terlalu TINGGI sehingga boleh menimbulan minat lelaki.
Soalan
Apa pandangan Ustaz tentang pemakaian trend bersanggul tinggi samada dengan menggunakan rambut palsu atau rambut sendiri ketika bertudung ini?
Apa kata ustaz?Untuk rambut yang panjang dan original, wajib untuk menutupnya.

Berambut palsu bagi wanita ketika tidak menutup aurat adalah haram. Tapi dalam isu bertudung, kita kembali kepada alquran dan sunnah al-ahzab tentang aurat wanita..
TIDAK BERLEBIHAN DAN KETERLALUAN, MENUNJUK-NUNJUK DAN TIDAK DISERTAI DENGAN BAUAN YANG HARUM YANG BOLEH MEMIKAT LELAKI..
Oleh itu wahai wanita.... BERSEDERHANALAH......~sekian terima kasih~





INI BARU DIPANGGIL BONGGOL UNTA..... KETERLALUAN DAN DGN NIAT MENUNJUK2.

p/s : HANYA FESYEN YANG DIRUJUK, TIADA KENA MENGENA DENGAN SI PEMAKAI.MODEL HANYA MENGGAYAKAN =)

4 comments:

NAZ said...

erkkk dah ramai sangat kot pakai camnie :) so perempuan fikir lah sendiri :)

Mama AF said...

ustaz kata blh sanggul.tp jgn terlalu tggi

Cik Akma said...

snggl tnggi2 nk buat ape eh? errrr haih

Mama AF said...

ntah.sekadar ikat rmbut sbb rmbut pnjang