Tuesday, February 8, 2011

petua pulop!hihi

okeh kau sya suke la skanggg kannn.lepak umah ternak ape yg patut :P
okeh now aku nk share petua pulop! aiceh ceh cehhhh. semua kau nk tepek kt belog kan ? ala sharing is caring kata kau! hihi. okeh. sblom ni rmbut aku mmg pnjang.aiceh! eh seyes! pastumaybe stress ngan blajo kata kau kan.hihi so myk gile rmbut gugur! skali belai berketol² rmbut gugur.penah tu segengamm rmbut aku dpt.punyee la tahap kritikal keguguran rmbut ku ini. now suda pun potong itu rmbut. tk de la pendek. ingt dpt la atasi kes keguguran tu. tp tk mendatangkan hasil yg lumayan cm game cityville tu.haihhh penat mak taw! so aku pun google la petua² yg senang benang sket tuk aku follow gitu. atually.aku baru nk try!huhu.

...............................................................................................................................

Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.

Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.

Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.


...........................................................................................................................................


p/s : so memandangkan aku ngah cuti² msia kan..so blh la aku tepek towel kt kepala 1 ari!hihi. so let's try bebeh² sekalian.

No comments: