Sunday, April 8, 2012

istikharah. perlu atau tidak?

Apabila seorang lelaki dan perempuan ingin memilih jodoh biasanya mereka akan memilih untuk istikharah terlebih dahulu, sudah ada kesedaran dalam kalangan umat Islam untuk menggunakan 'khidmat' Allah ini . Namun berapa ramai yang solat isitkahrah yang berpuas hati dengan hasilnya?

Ramai yang berjaya dalam perkahwinan dan mereka boleh hidup bahagia seperti yang diharapkan . Walaupun sesekali bergaduh juga, namun dapat diselesaikan dengan bijaksana. Tetapi ada juga yang bermasalah apabila kemesraan hilang setelah berkahwin walaupun sudah lama bercinta sebelum kahwin.

Rasulullah menganjurkan umat Islam melakukan solat istikharah dalam semua urusan. Baginda mengajarkan doa istikharah tanda kesungguhan kita kepada Allah dan kerdilnya diri kita sebagai seorang manusia. Seseorang yang melakukan solat istikharah perlu menyebut secara jelas permohonannya.
Lakukan istikharah dengan bersungguh-sungguh dan mohonlah kepada Allah agar kita diberi jawapan dan petunjuk dalam pilihan yang ada. Memohon kepada Allah perlu disertakan dengan penuh rasa ikhlas dan tawaduk. InsyaAllah , Allah akan memberi jawapan dan petunjuk yang pasti.
Tetapi, realiti yang berlaku adalah apabila solat itu hanya dilakukan sekali sahaja. Kalaupun ada yang melakukanya selama tiga malam, doanya adalah sama. Bukan itu sahaja, doa itu tidak dizahirkan secara jelas. Memang Allah tahu apa yang terlintas dalam hati kita tetapi Allah ingin mendengar permohonan hambaNya secara jelas dan berulan-ulang, kerana Allah mahukan kesungguhan dan ketegasan permohonan hambaNya.


1) Ramai menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah pilihan yang ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yang silap.

2) Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala sebab musabbab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yang paling baik, walaupun tidak bermimpi.

3) Jika anda istikharah untuk mencari teman hidup, dan melihat seorang wanita dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yg difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.

4) Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh-sungguh mencari wanita yang solehah dan beragama, dari keturunan yang baik-baik, kemudian minta pandangan dan nasihat orang-orang soleh, dan beristikharah. Tidak perlu tunggu dia datang dalam mimpi.

5) Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk menta’birnya












kiki 1 tahun 5 bulan. xcited nonton cinta kura-kura :D



p/s : saya sedang sedih. tp saya ok!hahahaha

No comments: