Tuesday, June 26, 2012

kiri atau kanan?




Setiap waktu dihidang dengan pelbagai pilihan. Antara dua pilihan. Antara tiga pilihan. Antara seribu pilihan (erkk, banyak sangat ni :p ). Kadang-kadang Allah menguji kita dengan pilihan. Pilihan yang harus kita putuskan. Yang manakah yang terbaik. Yang mana harus diutamakan. Yang mana harus dipilih.

Ya, pilihan itu satu ujian. Ujian untuk menilai tahap keimanan hambaNya. Dalam membuat pilihan, adakah kita bersandar penuh padaNya? Atau adakah kita berpaksikan akal dan nafsu semata-mata? Dia memberi ujian Dia juga menyediakan jalan penyelesaiannya. Dalam membuat pilihan, kita boleh berdoa, istikharah, mengikut kata hati atau bisikan nafsu. Sekali lagi kita diberi pilihan. Bukankah kehidupan ini tidak lari daripada pilihan?

Antara A atau B
kiri atau kanan
hitam atau putih
kebaikan atau kemungkaran
halal atau haram
dosa atau pahala
kitalah yang memilihnya.



so yang mana satu pilihan SHARIFAH FATEHA SYED IDRIS????...

No comments: