Friday, November 21, 2014

Anak ke DUA

Assalamualaikum

HAHAHAHAHA title paling gempak aku buat sepanjang berblog. HEHEHE
Hari ni memandangkan bos aku start cuti , maka aku mcm FREE terlampau. Siap kemas2 bilik opis, 1st time terlajak rajin, Maka nya aku nk update belog, dgn cerita paling panas di abad ini :)




Okeh


Bila dah start beranak sorang ni, org lain akan tanya, ehem, bila anak ke DUA pulak?
Eh dowang yg tanya tu ingat beranak ni mcm main konda kondi? mcm main baling slipar?
Haiyo. Soalan tu paling susah nk jawap, soalan paling susah la kalau dibandingkan dgn soalan kertas subject 3D zaman MMU dulu tu. phew!
So kali ni, aku nk cite sket, bila masa yg sesuai untuk project anak ke2? Hahaha. project khas ni. jgn main2 hoccay!

Selepas aku & amin kawen, ktorng mmg tak merancang sama ada nk ada anak, atau tidak dlm tempoh setahun perkahwinan. Maksudnye, kalau ada, ada lah. kalau tak de, tu tak de rezeki la namanya. Org tua2 ckp, untuk anak 1st, jgn merancang. apa yg ada tu adalah rezeki. Memula aku tak berapa nk paham sgt, kenapa dikatakan "rezeki". So 4bulan aku kawen, aku ditakdirkan mdapat 1st rezeki. Rezeki merasa pengalaman dikatakan "i'm pregnant!" Amin siap jerit kt klinik. Hahaha. Laki sapa la tu :P

Sepanjang aku pregnant, Alhamdulillah tiada apa2 alahan, masalah dan sentiasa berjalan lancar. Itu pun dinamakan rezeki. Rezeki aku untuk tidak mengalami apa2 masalah sepnjang tempoh pregnant. Muntah pun tak de tau. 

Bila dah smpai tempoh untuk bersalin, aku bersalin secara czer, dan tidak mengalami apa2 kesakitan sepanjang tempoh bersalin. Senyum sokmo. Dan itu pun rezeki aku. tidak merasa sedikit pun kesakitan semasa bersalin. Walaupun aku sedikit kecewa tidak dpt bersalin secara normal. Tak pe la. Bukan rezeki untuk itu.

Dan bila lepas je aku bersalin, 4 hari kemudian, loan kereta aku lulus. Alhamdulillah. Rezeki untuk merasa 1st kereta atas titik peluh sendiri. Sebelom ni belas ihsan dari ayahda :D

Dan, bila untuk anak ke 2 ni? Dah 2x tanya ni. 
Anak kedua, kena rancang. kena plan btl2. Dengan hidop di kuala lumpur, bandar penoh pancarobe ni. cewah ayat ekau!
Pertama kena fikir pasal DUIT. Skang hantar pengasuh sorang rm350. kalau 2 org? pengsan kejap omak ekau ni. Pampers mamy poko skang 44pcs rm34. sebulan 2 pax. kalau 2 anak so 4 pax sorang. Phewww. Lap peloh. 
Kedua kena fikir bab kereta. Skang ada anak sorang, kalau nk pi jalan, keadaan dlm kereta mcm anak dah soploh. Kena bawak tilam dia, bentang kt seat blakang. Omak nye pun kne duk blakang. Stroller lagi. stroller bukan yg kecik. stroller je dah penuh bonet blakang keta. Car seat dia lagi. Eh mcm2 la. Kalau anak ke2 kne pakai vellfire kot :P
Ketiga, rumah. Memandangkan keadaan kami skang duk di apartment. Parking punyaaaaaa la jauh,. Kalau ada 2 anak, sempat la si kakak nye terjun pool kt bawah dlu sementara kejar si adik berlari2 kan. See imaginasi aku terlampau disitu :D
Ke empat, ni sepatut nye no 1. tp aku saje letak no 4 sbb malas nk pikir, hehe, so yg ke empat, memandangkan aku czer, mau 3,4 tahun lagi baru blh wat project anak ke2. Atas nasihat doktor. Kalau terlajak jugak, tu salah bapak nye. Hehe

So Bila masa yg sesuai?
Skang plan 2015 adalah bukak bisnes. Inshaa Allah nk maju kan dlu ekonomi keluarga. Nak tunggu ekonomi family stabil then baru blh fikir untuk baby AF yg kedua. Tapi tu semua adalah rancangan kita. Yang merealisasikan nya adalah dari Allah swt. Sebelom project anak ke2 tu, suami & isteri haruslah berbincng. merancang dan fikir, mampu atau tidak. wajar atau tidak. Seboleh2 nya biar la masa yg sesuai. Kesian tau isteri awk tu dah la czer. ingat tak sakit ka?? Cuba la belah perot awk, then rasa apaaaa. Heh Emosi :D









Jom tgk kakak Ayra sedas dua gambar


 Si manja Papa. Kalau papa dia agah dia kemain gelak sakan mcm tgh tgk maharajalawak mega


 Pepagi buta layan Ayra nk tgk Maya The Bee. Sejak jadi mak2 ni, channel 613 tu aku dah hafal semua lagu intro cite memasing. Dasat!



My Dedik!

4 comments:

Aiza Aidid said...

tula..aku pun org dok tny
hanna br la nk msk 5 bln! haha
aku pun czer kene la plan :P

Mama AF said...

wei ko czer gak ek? samo laaa kiteee

suezen said...

hihi. mulut org...xkan berenti nk tanya. lepas ade anak 1st...tanya anak kedua ... dh ade anak kedua tanya anak ke3...smpi lah kita monopos agaknyer..br brenti tanya #ehhh

Mama AF said...

bila dah monopos , tanya bila lak nk mampos kot. ahahaha