Tuesday, January 6, 2015

"Kata Orang"

"Eh JANGAN hantar taska, kau tgk la kt paper, hantar taska, baby mati la, tersedak susu la blaa blaa blaa"

"Eh JANGAN pakai carrier nnt tulang blakang anak patah, teros mati!"

"Eh JANGAN JANGAN JANGAN JANGAN!!"







ASSALAMUALAIKUM
Hari ni sy nk cerita perihal kaum ibu2, atau yg terlebih jadi ibu ni, kerap kali kuar statment seperti di atas ni kan?
Ya Allah, terus terang aku katakan disini, MENYAMPAH!

Pendapat aku, setiap anak, setiap baby, setiap kisah, setiap hala tuju, setiap rezeki, Allah bg berbeza2. Tak sama! Kita ni org melayu, mostly la yg aku wat kajian, MELAYU, mudah sgt percaya, mudah sgt tersentuh, mudah sgt laaaaaaaa nk sama kan anak kau dan anak aku! Tumbok kang!
Ramai berpendapat, hantar anak di pengasuh adalah yg paling terbaik? Apa yg korang rasa terbaik? Sbb tak penah masuk paper, "Pengasuh pukul budak".. Semua cerita adalah taska, tadika dll. 
Disini aku n ceritakan berdasarkan pengalaman aku selama menjadi ibu 9 bulan ni.

Ayra start hantar pd pengasuh umur 3 bulan. Lpas berpantang teros blaja duk dgn pengasuh. Pengasuh ni aku jumpa melalui kwn opis jugak. Anak dia pun hantar kt sini. Sblom aku tekad hantar kt pengasuh ni, aku siap buat survey dgn ibu2 yg hantar anak kt pengasuh berkenaan. SEMUAAAA ibu ckp, pengasuh tu baik, TERBAIK! termasuk kwn aku tu. So, aku pun amik keputusan untuk hantar di situ je. Selama Ayra dgn pengasuh tu, Ayra jd seorg yg takot, tak blh dengan keadaan bising, if pi mall, mesti menangis. hanya dgn aku je, dia rasa tenang. Bila dah 7bulan mcm tu, kwn aku tu call, dan bercerita kan, pengasuh tu pukul Ayra time Ayra tgh menangis. Tutup muka Ayra pakai towel dan tonyoh2. Tu pengasuh tu buat depan kwn aku tu sendiri. Cuba korang imagine, kalau kawan aku tu tak de? Mau dia lempar2 je Ayra tu! Sblom tu byk kes dah, yg ada kt Ayra, Seperti tgn lebam. Bawak pi jumpa doktor, doktor ckp itu kesan lecur air panas. Tapi aku n Amin gagahkan lagi bertanya pengasuh tu. Tapi sapa je kt dunia ni nk ngaku tu perbuatan dia! Tell me?
Bila Ayra dah start 8 bulan, pengasuh tu nk naik harga. dia mintak naik RM50 sbb Ayra asik nangis. Tak mo duk bawah! Eh kalau org tu btl2 ikhlas nk jaga Ayra, dia akan cuba pujuk, semua org ckp mcm tu kan. If naikkn harga, Ayra akan diam ke?
Lepas aku tak tahan sgt perangai pengasuh ni, aku teros stop! Aku fikir smggu, KENAPA SEMUA ORG CKP PENGASUH LAGI BAGOS DARI TASKA? Kenapa yg aku jumpa ni lagi terok dari taska?
Then aku dpt jumpa pengasuh ke 2. Bawah umah aku je. Ni pengasuh terbaik selama jaga Ayra ni. Walaupun sebulan je. Tapi tahap2 nenek la umur pengasuh ni. Setiap hari dia akan update kt aku, Ayra buat apa, perangai mcm mana, penah 1 hari ni, Ayra menangis je dari start aku hantar pg tu smpai kul 12. nenek tu ckp, Ayra gengam tgn kuat2. jerit2. mcm takot sgt! kalau letak bawah lg jerit kuat. Nenek tu tanya aku, sblom ni pengasuh sblom ni jaga mcm mana? Then baru la aku cite. bla bla bla. Nenek tu dah agak. Baby yg biasa nenek tu jaga, tak de perangai mcm ni, So Ayra ni mungkin kene mcm2 dgn pengasuh sblom ni. Aku terkejot sgt! Mcm manalah Ayra dgn pengasuh sblom ni. Mesti dia tak tahan. Patut la sblom ni kalau hantar pepagi, muka dia monyokkk je. Mcm tau je nk pi umah org jahat! Hehe.. Tapi, sebulan je nenek ni jaga, sbb Ayra asik nangis2 je lately. nenek tu ada 15 budak dia jaga. so tak dpt nk tumpu kt Ayra sorang. Since nenek ni jaga, Ayra dah blh go on dgn org. Suka pi mall tgk org ramai. Yang penting, semua org blh dukung dia. Tak mcm sblom ni. Fuhh lega la bab tu. Sbb tu aku ckp nenek ni jaga mmg terbaik. Ayra berubah habis!

Dan sekali lg aku diduga, mana nk cari pengasuh?nk pakai maid? zzz
Last2, bos aku bg link sebuah taska. Eh why not kita try hantar anak kt taska. Aku cuba amik peluang bercerita kan masalah dan solution aku nk hantar taska kt kwn2 aku. Majoriti, JANGANNNNNNNNN! Hahaha. Nasib aku jenis bukan dgr org ckp. Jenis aku, selagi aku tak kene, then aku tak akan teros buat andaian. Hey. bukan taska/tadika tu terok ok! Bukak la mata tu sket. Masih ada lg manusia yg bersikat seperti manusia. Inshaa Allah. Dan aku dah 2 hari hantar Ayra kt taska blakang opis aku je. Taska berkenaan antara taska yg terbaik, So yuran register dah mcm masuk U .. Tak pe la, demi anak. Yang best nye taska berkenaan ada cctv, dan parents blh tgk anak dowang by phone je. So korang rasa tak cukup bagos ke? Hehe. Taska tu ada 4 buah rumah dimana hanya 1 rumah sahaja ada baby 2 bulan- 1 tahun. Tak campur budak2 lain. Ada 3 bilik ikot umur masing2. Setiap bilik ada 3 org cikgu. Setiap hari, cikgu Ayra akan update perkembangan Ayra, kalau tak melalui face to face, dia akan whatapps. Haa tak cukup bagos lg? Hehe. 

Setakat hari ni, Ayra happy je manjang. Mungkin dia happy duk school. Jumpa seangkatan dgn dia. Dan color2 yg cerah disekeliling taska berkenaan. Kt taska tu pun downg akan update aktiviti pelajar di facebook. Thumb Up!
Pendapat aku, tlg jgn negative sgt bila kita hanya dgr cerita org, malah cerita media. Eh aku tak salahkan org media. Jgn lupa, dulu aku salah seorg yg dlm team media. Dulu aku reporter. Aku tau cerita disebalik dunia media ni. Aicewah! Hehehe!






9 month already

3 comments:

suezen said...

oo ape nama taska tu sya? mcm tau je taska yg mana ni...hehe

Beto Rahman said...

"Masih ada lg manusia yg bersikat seperti manusia. "


sikat. :(

Anonymous said...

hahahaa. aku mmg malas nk baca check balik. hahaha