Saturday, October 1, 2016

Our 2nd Princess, Alayna Fitrah

Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur kpd Allah dimurahkan rezeki untuk aku & Amin, dgn kelahiran anak kedua kami, Alayna Fitrah Binti Amin Aizuddin pd 18 SEPT 2016. Kali kedua ni aku masih blom diberi rezeki untuk normal. Allah lebih tau yg mana untuk aku. 
Sepanjang pregnant Alayna, mmg tak de alahan yg terok2. Keadaan aku mcm tak pregnant je. Hehe. Best part adalah bila start naik bulan ke 9, berat baby naik mendadak, maka keluar nye 3.98kg.. Tanjat omak. 

18 Sept 6:30am
Aku dah siap2 nk check in hospital. Masih di hospital yg sama dgn kakak Ayra dlu, pilihan aku masih Hospital Pakar An Nur, Bandar Baru Bangi. Dan kali ni Alhamdulillah diberi peluang untuk guna khidmat doktor fav aku, Doktor Khamsiah. Sapa je tak kenal Dr Kham ni. Mmg femos amos dan mesra rakyat. Sblom ni aku tk dpt guna khidmat dia. Sbb dia masa tu bz. Kali ni aku tekad nk cuba jugak Dr Kham sbb majoriti testimoni dia semua kata dia best! aku tertanya jugek apa yg best sgt dr Kham ni...
Setiap bulan aku buat check up di Hospital An Nur dan bersama Dr Kham. Hari pertama aku jumpa dia, dia tgk history aku, prev czer, aku cuba terangkan pd dia, kalau diberi peluang, no 2 ni aku nk sgt normal. Nak merasa kaedah normal. Walaupun rata2 yg cakap, sakit weii contraction wei. Hehe. Korang kalau tk merasa czer, meh aku bgtau, czer pun sakit gilosss wei!

7:30am
Register dan check in. Haaa ni satu bad habbit aku untuk pregnant kali ni, semua mende aku amik mudah. Kekonon dah ada experience laaa, masa Ayra dlu, smggu sblom aku check in hospital, aku dh siap2 booked bilik apa semua, isi form, dah byar deposit. Kali ni semua pg tu baru aku terhegeh2 nk buat semua mende. Skali full single room. Gelabah la aku, nnt mlm mcm mana mak aku nk tido yg ada 2 bed room je. Tu pun tingkat 3. Haih. Mula la nyesal pg tu. Tapi aku siap2 bgtau kt nurse, aku nk single room jugak, naseb la nurse tu ckp inshaa Allah ada kosong lpas aku operate nnt. Fuhh lega. Aku tk kesah keadaan aku, bilik mana2 pun aku ok je. Tp aku kesian kt mak aku, sbb dia yg akan teman aku nnt untuk 3 hari 2 malam kt spital tu. Aku nk mak aku selesa je. Rate harga untuk single room tak silap aku rm 195 per night. Dijamin selesa ada toilet dlm bilik dan sapa2 pun blh masuk any time. 

8:30am
Nurse dtg check CTG, dan suh tukar baju. Huhu time ni dh start dubdab2. Tp kali ni smooth sket. Mungkin kali ke2. Btw aku kne puasa start mlm sblom tu kul 12 mlm smpai la aku lepas operate, Hanya Allah saja yg tau tahap kelaparan n kedahagaan aku guane. ahaks....Then nurse bg ubat lawas berak ke apa ntah nama saintipikkk dia tu, fuhh mmg kosong teros perot aku time tu. Hehe

9:30am
Nurse dah siap2 bawak wheelchair nk tolak ke OT, Fuh mmg berderauuu laaa darah. Seremmm. Tp kali ni aku mcm redha je, sakit apa pun aku terima. Kalau nk tau cucuk epidural kt blkang tu teramattt la sakit habaq angg!!! FUhhhhhhh.

10:30am
Masuk OT, cucuk epidural, cucuk apa ntah lagi, byk mende aku dah lupa :D, Half bius, dan kali ni best nyee Doktor bg green light suami masuk teman dan blh amik gambo masa operate! See doktor kham mmg best. Ada 1 gambar Doc Kham selfie dgn Baby Alayna, tp biarlah tu jd tatapan aku n family. Heee. 

Sblom tu aku nk cite sket, sepanjang aku pregnant Alayna, mmg aku tiada apa2 masalah untuk normal, diakui oleh doktor sendiri. Peluang 80% untuk normal. Tp Allah menduga aku saat2 akhir dimana, baby dah start berak, tp aku tak de apa2 contraction, dan high risk sekiranya aku overdue. masa tu aku dah 39weeks. maka operate jalan penyelesaian. Masa Doc Kham bgtau aku, aku kne segera operate, aku nangis depan doc,  Doc Kham pelok aku, dia ckp baik2 dgn aku, " Tak semua apa yg kita nak, kita akan dpt.. Doktor ni walaupun pakar puan, doktor hanya sekali je blh beranak, itupun operate. doktor tak de peluang untuk ke2, Fateha awk sgt beruntung, masih diberi peluang. Doktor hanya sekali. Tp doktor berkali2 sambut kelahiran anak2 org lain..Normal atau tak, perkara yg sama, kita fikirkan keselamatan baby,. "
Doc Kham mmg mcm2 mak2 punya nasihat. Aku terkedu gak dgr cerita dia..Allah menduga kita, untuk melihat sejauh mana kita ingat padaNya..
Sebab tu aku redha,,aku terima apa jua keadaan aku janji baby selamat.

Jam 11:03am
Alhamdulillah Baby Alayna Fitrah keluar melihat dunia. Time ni aku rasa lega sgt2. Walaupun tak rasa apa2 time tu. Hehe.










ALAYNA FITRAH BINTI AMIN AIZUDDIN





Nak tau mcm mana muka kakak Ayra sejak jadi kakak?



No comments: