Saturday, October 9, 2010

lets try bebeh!

saya, sharifah fateha anak syed idris ni mmg kuat berbelanja! sy blh abiskan rm200 dlm sehari je. ishhhh.susah gile nk pupuk diri untuk tidak berbelanja ni.haih!seksa satu badan. dlm otak pikir mau soping mopingggg jek!
aku google la tips menabung ngan cara yg mudah.hadoi geget jari gak weiii nk menabung ni. ahhhhh.

jum baca!

Ada orang kata susah nak menabung sebab tak banyak duit. Memang la tak banyak duit. Menabung ni bukan simpan sekali tu beratus-ratus. Pernah dengar sikit-sikit lama-lama jadi Everest? A'ah ini la caranya yang fit nak terangkan:

  • Penting dan wajib ni, korang mesti ada akaun Amanah Saham. Yang fit syorkan ASB a. Akaun ASB ni memang bonus dia maintain setiap tahun. dan tiap-tiap hujung tahun korang dapat bonus tu dalam 10%. kengkadang kalau ekonomi baik boleh dapat lebih lagi.
  • Yang kedua, korang buat tabung yang kecik. Sebab pe kecik? Sebab senang nak penuh. baru korang bersemangat nak menabung. Kalu malas sangat nak cari tabung kecik, korang beli je oren sunkist yang botol kecik tu i. bila dah penuh beli a lagi. takpun gi simpan je dalam akaun ASB dan menabung lagi.

  • Bila berbelanja, korang dapat baki duit syiling kan. hah duit syiling tu korang simpan je dalam poket. jangan guna untuk bayar apa-apa. balik je rumah terus masuk tabung. Contohnya korang beli suratkhabar RM1.50. korang bayar RM2. Pastu baki RM0.50 tu masuk tabung. Senang je kan.

  • Pastu korang boleh jimatkan bil air, api dan telefon. Tak susah pun. Korang yang ada handphone tu lebih baik SMS dari call. Kan jimat. tapi kalu urgent tu tak perlu a SMS. tengok tempat dan masa la. (incik BF sila baca kuat2 taw taw taw)

  • Tahukah korang kalu korang beli air bungkus kat kedai makan, korang dapat lagi banyak kuantiti air tu dari segelas air kat kedai makan tu. Kajian fit menunjukkan air bungkus tu boleh dapat lebih kurang dua gelas. Jadi, tapau-tapau la lepas ni.

  • Sebelum korang nak berbelanja, tak kira la nak shoping atau makan, survey dulu tempat yang betul-betul murah. Jangan main serbu je. Kang kopak poket nak bayar. Lagi sakit hati, kalau ada tempat yang lebih murah lepas beli tu.( tk penah wat survey2 ni. nampok je mende besh teros rembat, erm..kne blaja ni)

  • Kalau korang nak jalan jauh atau gi shoping ke, bawak bekal makanan ringan atau air dari umah. takde la nafsu shopping tu meningkat seiring dengan nafsu makan tu. (ni laaa yg aku paling lemah ni. aku malas masak weiiii)

  • Kalau ada keta tu, mesti ada motor. Kalau mampu beli kereta takkan tak mampu nak beli LC135 ke? Harga RM6000 je. Takde a low standard sangat kalau segan naik motor. Kalau takde motor pun, paling koman ada basikal jadi a. Tujuannya, kalau nak gi tempat yang dekat tu tak perlu guna kereta. Jimat minyak sikit guna motor. Kalau guna basikal lagi jimat. Apa-apa pun, guna helmet canggih skit. Safety first. Tak perlu a berjimat sampai keselematan pun diabaikan. ( tk dok moto weiii.)

  • Rumah korang ada nyamuk tak? kalau ada korang guna pe? Ubat nyamuk elektrik atau coil? Sekarang, lupakan semua tu. Tiap-tiap bulan nak beli ubat tu semua kopak la poket. Gantikan semua tu denganKelambu. Lagi jimat kan. (tk penah tito dlm kelambu.jum try)

p/s : aku kne jugak blajar menabung ni! tuk masa depan ni.acecece :P


No comments: