Wednesday, February 23, 2011

sabar la sya :)

Hidup banyak dugaan dan cubaan..banyak perkara yang tidak disangka-sangka berlaku. Semuanya menguji kesabaran.

Kesabaran menahan marah...kesabaran dengan perangai manusia...kesabaran mencari ilmu...kesabaran menegakkan kebenaran...kesabaran mencari kekayaan...kesabaran mencari kebahagian...kesabaran mencari pasangan....Inilah nilai sabar teruji.

Allah berpesan dalam surah Al Asr...dengan beringat-ingat dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Kita membaca sirah ...kita membaca sejarah...kita melihat banyak perkara yang benar berlaku didepan mata.
Nabi Yusuf sabar difitnah...Nabi Ayub sabar diuji dengan kesengsaraan ...Nabi Muhammad S.A.W sabar dengan kaum Quraisy dan berhijrah ke Madinah...Nabi Musa diuji dengan menahan kesabaran dalam menuntut ilmu...kesudahannya sabar itu membuahkan hasil yang baik...sesuatu yang indah.
Kita diuji dengan kesabaran...memohonlah pada Allah kerana semua yang baik itu dari Allah jua.