Wednesday, December 11, 2013

Anak lelaki atau perempuan? Let's check it outtt!!!

assalamualaikum
alhamdulillah kandungan masuk 5 bulan, 21 week. Perasaan sama hari2, XCITED terlampau! nebessss pun ada. itu harus la ada kan. Apa lahh perasaan aku masuk labour room nnt. Cuak kebebei guana laaaaaa :P


Last check up scan bagai 29 nov hari tu. Still tak nmpak gender lagi. Perkara paling aku xcited nk tauuu sgt adalah gender la. Kalau nk tau, aku mmg nk sesangat anak lelaki. Sebab? Biar lah anak 1st ni lelaki. Dpt jaga adik2 dea nnt. Disamping mewarisi harta mak pak nnt. hahahaha! okay tu ngarut :P

Kalau korang nk tau, aku hari2 la google kt tenet, cara nk tau mengandung anak lelaki atau perempuan. 
Tapi perkara ni tak blh nk percaya sgt. Semua adalah ketentuan Allah. Kadang2 scan nmpak lelaki, Tp keluar pompuan. Dah byk kes gitu. Emm. jom kita tgk. Ni aku cilop dr Irine Nadia. Btw Irine pun slalu bg advise mcm2 kt IG aku berkenaan pregnant ni. Thanks ya


1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. 

Syalala : perot mcm bulat kedepan. Tak tatau mcm mana pattern perot tajam ke depan tu :p




2) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan


Syalala : Okay yg ni jujur ku katakan. Almost everyday aku tidoq ngiring ke kanan. Sebab ngadap amin. Sebabnya since aku pregnant ni, aku tidoq mesti nk ketiak dea. Hahaha. Ala korang jgn nk euww euww bagai. Korang kawen nnt tau la. cewwahh!



3) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan


Syalala : Yang ni, Aku dpt rasa baby aku slalu sgt duk belah kanan. Kalau scan pun doktor slalu nampak baby duk belah kanan. Guling2 active sgt awk ni. hehe



5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. 



Syalala : Jujur ku katakan, pi opis mmg tepek sunblock foundation je. Tak mcm seblom2 ni siap eye liner, blusher bagai. Tp rajin bab pkai perfume. Setiap masa nk nyembur je perfume.

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan


Syalala : Haaa yg ni lepas aku baca, teros tgk cermin. terkejot tetiba nmpak garisan dari bawah smpai laaa ke atas perot. Kagum sekejap. Tapi tak berapa nk sure sgt, siap pggl amin suh tgk betoi2. Garisan menegak dan kelihatan terang. 



7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri.. 



Syalala : Yang ni aku tak berapa sure sgt. Tapi amin ckp, bandingkan dgn opismate dea dlu time pregnant muka mmg horror gila. Ngan rambut tak sikat bagai. Amin ckp naseb aku bukan mcm tu. Hehe. 
Seyes aku ckp, lelaki mcm mana baik pun dea terhadap isteri kan, tahap kebersihan & kecantikan tu amatlah dititikberatkan. Maka dgn itu, wahai kaum isteri, sila la jaga kebersihan diri & kecantikan luar dalam anda. Alah untuk suami jugak kan?


Agak2 boboi ka gegurl anak iolss ni? heee tak sabau nk tggu next check up.
next entry sy akan share berkenaan scan pulop k. Nak sambung kije ni. chaw cin chowwww


2 comments:

suezen said...

dh tau keeee..boboboi ke....barbie???

sya idris al-haj said...

hahaha suprise suprise :P